Bila Waktu Telah Berakhir

Saturday, 30 January 2016


BUKTI KEJADIAN SIANG DAN MALAM DARI SUMBER AL-QURAN DAN HADIS

AL-QURAN

Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakinya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangka oleh Allah dengan jelas di dalam Al-Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan apakah orang-orang kafir, tidak megetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air akmi jadikan segala suatu yang hidup ".


Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta. Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (satu yang wujud) tunggal. Selain itu, keseluruhan alam semesta langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit. Di samping itu, pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim jika di lihat kepada alam semesta yang wujud hari ini mengambarkan proses pemisahan berlaku dalam suatu kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.

"Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu megetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah kami terangkan dengan jelas".( Al-Israa' - ayat 12 )

Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi.



Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al-Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah taala berfirman tentang garis pemisah ini :


(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

Sebahagian dari ayat-ayat Al-Quran lain tentang kejadian siang dan malam dan hikmahnya adalah seperti berikut:

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah memaksukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".(surah luqman ayat-29)

"Engkau masukkan malam ke dalam siang dan engkau masukkan siang ke dalam malam.Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.Dan Engkau memberi rezeki sesipa yang Engkau kehendaki tanpa batas".(surah al'Imran ayat-27)




                           

"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan .Masing-masing berjalan mengikut waktu yang ditentukan.Yang (berbuat)demikian ialah Allah Tuhanmu, kepunyaan -Nyalah kerajaan.Dan orang-orang yang kamu seru (sembah)selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari".(surah faathir ayat-13)

 
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa".(surah Yunus ayat-6)



HADIS

Hadis Qudsi :


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Allah telah berfirman" Anak-anak Adam (umat manusia) mengecam waktu, dan aku adalah (pemilik) waktu, dalam kekuasaanku malam dan siang " (diriwayatkan oleh Al-bukhari dan begitu juga muslim).Allah taala berfirman, "Hai Daud !Demi kemuliaanku!tiada seorang hamba yang aku ketahui qalbunya berlindung kepadaku bukan kepada makhlukku di waktu bencana menimpa yang datang dari langit dan bumi, melainkan aku berikan kepadanya jalan keluar. Tiada seorang hamba yang aku ketahui dari qalbunya berlindug kepada selain aku yakni kepada makhlukku, nescaya aku putuskan hubungannya dengan langit yang mendatangkan rezekiya dan aku bukakkan lubang di bawah kedua telapak kakinya. Dan tiada seorang hamba yang pernah taat padaku melainkan aku diberi dia sebelum meminta kepadaku, aku perkenankan permintaannya sebelum dia mendoa kepadaku dan aku ampuni dosanya sebelum dia meminta ampun kepadaku"(hadis riwayat Tamam dari Abd. Rahman bin Ka'ab).


No comments:

Post a Comment