Bila Waktu Telah Berakhir

Saturday, 30 January 2016


KESIMPULANNYA




Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah Allah telah menjadikan malam dan siang secara bergilir-gilir dan tidak gelap-gelita tanpa cahaya,sehingga dapat digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Justeru itu, Allah menjadikan waktu malam supaya manusia boleh berehat selepas penat bekerja seharian manakala pada waktu siang pula, manusia perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki. Seterusnya, manusia juga dapat berfikir tentang keajaiban alam ciptaan Allah swt supaya dapat menilai betapa besarnya kekuasaan Allah SWT. Hal ini manusia dapat memerhatikan kejadian malam, bulan dan bintang yang berada disekeliling kita. Akhir sekali, kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan teratur sekiranya kita menghargai kekuasaan Allah SWT.

1 comment:

  1. kesimpulan kurang sempurna. Sila baca semula apa yang anda telah taip, di mana kekurangannya.
    Keseluruhannya, susunan dalam penghuraian isi agak memeningkan mata tetapi telah menjawab persoalan yang diberi.

    ReplyDelete